Tak Tahu - Adam
Amaran kepada pihak berkuasa Ini satu kes ragut aku mangsanya Tiada harta yang hilang hanya perhatian dicuri Dibawa lari tergagau ku di sini Suspek seorang wanita rupa paras menawan Sekeras-keras jejaka pun bisa dicairkan Jika ada mengesan status dan lokasi Sila hubungiku A.S.A.P. Tak ku sangka ku yang tabah turut rebah Tak tahan perasaan bila berdampingan Tak terkawal tak ku sangkal ku terkena Tak tentu hidupku…oh kelibat kamu Ku cuba alih pandangan kau tetap berada di situ Seperti angin yang dingin teruja setiap romaku Bagaimankah caranya untuk ke peringkat seterusnya Kerana bosan dengarkan “cukuplah sekadar kawan” Ha ha…tak tahu…apa kau dah buat padaku? Kini ku termimpi-mimpi ku menagih kasih Ha ha…tak tahu…oh semuanya salahmu! Menggoda hatiku….jawablah kau… ku tak tahu Benar belaka ini semua angkaranya Jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut Akan ku cuba membuat dia terpikat padaku Entah hendak atau tidak…aku tak tahu