Bom - Tyco
Dengarlah semua taiko tai lu nak cerita Cerita mereka nak kerek dengan old timer Tak puas hati dan cemburu ku bertakhta Adanya saja budak yang nak kena ajar Tak habis menggempak indah khabar dari rupa Gayanya berlagak seumpama superstar Walaupun sebenarnya sekecil atom Ku letup kepalanya bagai bom bom bom Aku tak peduli jika kau membenci Asalkan ku rasa puas di hati Tak kempunan anugerah kerana anugerah itu Hanya untuk promosi album tak laku Pada masa yang sama ku jelajah dunia Telah ku tawan asia bahang masih terasa Jadi kau bukan lawanku Ku tak sekecil itu Cubalah belajar dari taiko lu Buat apa susah peningkan kepala Memikir masa intan dan mana satu kaca Ku tahu kau tahu siapa nombor satu Semua sentuhanku meletup bagai bom bom bom Bagai bom bom bom Bagai bom bom bom Mari jika berani Tapi berhati hati Jika bermula kau harus bertarung sampai mati Aku bukannya nak mengeji tapi benci Benci hipokrasi bosan dengan penipuan Jangan kau nak berangan nanti kena penangan Satu per satu ku jatuhkan inilah taipan Dalam liga perdana hanya raksaksa Akan terus hidup gagah Yang kecil kan parah Apa yang ku kata semuanya fakta Tanpa berpura pura atau berlapik kata Sekiranya didepan puji dibelakang keji Itulah hampir semua yang ku kenali Jika suka kata suka anggukkan kepala Jika benci boleh blah satu sen pun ku tak rugi Yang pasti ku kan terus dengan cara sendiri Kata apa nak kata ku tak peduli Mari semua tunjuk mereka Jari emas mu dengan raut wajah selamba Kerana ada segelintir yang buta dan masih ngong Hancurkan mereka bagai hiroshima Kita bom bom bom bom bom Kita bom bom bom